Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa AmalMyspace Scrolling Text Creator

12 October 2010

KISAH AISYAH R.A MEMBEBASKAN 40 ORANG HAMBA DEMI UNTUK MENEBUS SUMPAHNYA

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa Abdullah bin Zubair adalah anak saudara kepada Aisyah r.a. Sayangnya Aisyah r.a. pada Abdullah adalah sangat tinggi, sebab Aisyah r.a lah yang membesarkannya. Suatu hari Abdullah telah menceritakan pada salah seorang bahawa ibu saudaranya terlalu sangat bermurah hati hingga beliau sendiri tinggal dalam serba kekurangan dan Abdullah berazam untuk menghalangi apa yang dibuat oleh ibu saudaranya.

Berita tentang percubaan Abdullah hendak menghalang tujuan ibu saudaranya telah sampai kepada Aisyah r.a., sebaik sahaja berita ini sampai pada Aisyah r.a maka berkatalah Aisyah r.a:"Aku bersumpah tidak akan bercakap lagi dengan anak saudaraku Abdullah sehingga akhir hayatku." Abdullah mendengar bahawa ibu saudaranya telah bersumpah tidak akan bercakap dengannya lagi, maka Abdullah pun mewakilkan orang ramai untuk merayu kepada ibu saudaraanya untuk memaafkannya, setelah orang ramai bertemu dengan Aisyah r.a. dan meminta untuk memaafkannya maka Aisyah r.a pun berkata:" Aku telah bersumpah, oleh itu aku tidak dapat melanggar sumpahku itu."

Oleh kerana usaha Abdullah itu gagal, maka Abdullah berusaha lagi dengan membawa dua orang dari pihak keluarga Rasulullah s.a.w. untuk menjadi orang tengah.Apabila sampai mereka di rumah Aisyah r.a.mereka dijemput masuk .Aisyah r.a. tidak menunjukkan dirinya sewaktu menjemput mereka masuk sebaliknya Aisyah r.a. bercakap melalui tirai yang menjadi dinding .Diceritakan juga sewaktu orang perantaraan itu masuk Abdullah juga dengan secara diam-diam masuk bersama ke rumah ibu saudaranya.
Sewaktu perbincangan bermula, abdullah bin Zubair tidak dapat menahan perasaan lalu melintasi tirai tersebut dan tersungkur dikaki ibu saudaranya dan menangislah Abdullah seraya meminta ibu saudaranya memaafkannya.Dengan kesempatan ini kedua orang perantaraan itu mengingatkan kepada aisyah r.a. bahawa rasulullah s.a.w. sangat-sangat marah kepada orang muslim yang memalingkan percakapannya dengan seorang muslim lain.

Setelah Aisyah r.a mendengar apa yang dikatakan kedua-dua orang tersebut maka Aisyah r.a. pun merasa takut kalau-kalau Allah s.w.t. tidak menyukai terhadap apa yang telah diperbuat olehna, oleh itu Aisyah r.a. pun memaafkan Abdullah bin Zubair.Untuk menebuskan sumpahnya itu, maka Aisyah r.a. pun membebaskan hamba seorang demi seorang sehingga 40 orang yang dibebaskannya, walaupun Aisyah r.a. telah membebaskan seramai 40 orang hamba namun ia tetap berasa takut kerana telah melanggar sumpahnya itu.Dan diceritakan juga apabila setiap kali ia mengingati peristiwa itu ia menangis sehingga selendangnya itu akan basah disebabkan air matanya.

12 August 2010

Ahlan wa Sahla Ya Ramadan Kareem...

Salam ikhwani jamee'an...
Munasibati li hudur syahr al-Kareem Ramadan al-Mubarak li hazihi al-sanah 1431H, Sa Uhayyikum bi tahyati al-Islam alaikum Jamee'an bi al-salamah wa jayyidah in sya Allah...
Syahru Ramadan laisahu syahr bi Saum fahasb,wa lakin huwa syahr li irtifa'i 'amaliyah al-solihah misl, kasratu bi al-Zikr, al-Solah al-Nawafil, tilawah al-Qur'an wa ghair zalik...
Hakikatan, ana mu'abbir al-Surur wa al-sa'adah fi hayati, li'annani qad intahaitu tamman wa kamilan fi dirasati marhalah Majester. Bi barakat syahr ramadan hazihi al-sanah, hasaltu al-Syahadah al-Lughah al-Arabiyyah bi Darajah Majester (MA of Arabic) najhan bahiran.
Akhiran wa laisa akhiran, asykuru Allahu Ta'ala ala bi iznihi wa 'inayatihi qad najahtu fi haza majal... wa la nasitu ila usrati wa zaujati wa ibnaati abadan, li'annakum sabirun wa fahimun ala mujahadati muddatan tawil fi ta'allum. wa ikhwani jame'an, syukran lakum ala da'watikum alaiyya da'iman... Jazaka Allahu fi kum khairan jaza'... 'asakum aslaha Allahu ahwalakum in sya Allah... AMIN Ya Rabbi !!!

KISAH MALAIKAT MENGHAMPARKAN SAYAP MEREKA UNTUK MENYELAMATKAN HAMBA ALLAH YANG SALIH

Pada zaman dahulu dalam golongan Bani Israil ada seorang ahli ibadat yang sangat tampan, kerjanya ialah membuat tas keranjang dari daun kurma dan menjualnya untuk mendapatkan hasil.Pada suatu hari ia berjalan dihadapan istana raja, kebetulan pekerja isteri raja melihat akan kecantikan rupa paras ahli ibadat itu, lalu ia pun memberitahu isteri raja tersebut, katanya:"Wahai permaisuri raja, daku lihat diluar sana ada seorang lelaki yang sangat cantik dan gagah orangnya sedang menjual tas keranjang."Apabila isteri raja itu mendengar akan kata-kata orang gajinya maka ia pun berkata:"Suruh orang itu masuk mengadapku."Lalu orang gaji itu pun pergi mendapatkan ahli ibadat itu seraya berkata:"Permaisuri raja perintah kamu mengadap."

Apabila sampai di hadapan permaisuri raja maka berkata permaisuri tersebut:"Letakkan semua keranjang itu dan pakailah pakaian ini".Isteri raja itu menyuruh orang gajinya mengambil minyak wangi, tujuan sebenar isteri raja tersebut adalah untuk memuaskan nafsu jahatnya.Apabila semua perintah isteri raja tersebut dilakukan oleh ahli ibadat tersebut maka berkata isteri raja itu:"Kamu jangan takut, aku akan memenuhi keperluan mu asalkan kamu sedia memuaskan nafsuku". Apabila ahli ibadat itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isteri raja itu maka bergementarlah ia.Lalu ahli ibadat itu pun berkata:"Aku tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan syaitan ini." Setelah mendengar pengakuan dari ahli ibadat itu maka isteri raja itu pun berulang kali memujuk ahli ibadat sehingga ia naik marah lalu berkata:"Baik!, kalau kamu tidak mahu memuaskan hajatku,kamu tidak boleh keluar dari sini!".

Sebaik saja isteri raja itu berkata maka semua pintu pun ditutup, apabila ahli ibadat melihat akan keadaan berikut maka ia pun berkata:"Wahai permaisuri raja, adakah tempat yang tinggi dalam istana ini?.Berkata isteri raja tersebut:"Ya, ada".Maka isteri raja tersebut mengarahkan orang gajinya menunjukkan tempat yang tinggi kepada ahli ibadat itu.

Apabila ahli ibadat itu naik ke atas tempat yang paling tinggi, ia melihat disekeliling dinding tersebut untuk mencari tempat kalau-kalau ada tingkap atau pintu untuk ia terjun, maka ternyata hancur segala harapanya dan berkata ia didalam hatinya:"Wahai jiwaku sejak 70 tahun kamu berusaha beramal dengan keredhaan Allah, Tuhan yang maha pemurah,Dan siang malam kamu berusaha untuk itu, kini kau tiba-tiba akan rosak dalam sesaat,demi Allah kau khianat jika kamu rosakkan amal yang kamu usahakan begitu lama."

Oleh kerana tidak ada peluang untuk ahli ibadat itu melepaskan diri maka ia pun mengambil keputusan untuk membunuh diri, apabila ahli ibadat itu hendak terjun dari menara tinggi itu untuk membunuh diri maka Allah s.w.t. berkata kepada malaikat Jibrail a.s.:"Wahai jibrail Labbaik wasa daika."Firman Allah s.w.t."Hambaku itu hendak membunuh diri kerana takut akan murkaku dan takut berbuat dosa kepada ku, oleh itu kamu hamparkanlah sayap kamu, jangan sampai ia binasa."Apabila ahli ibadat itu terjun maka malaikat Jibrail a.s. pun menghamparkan sayapnya lalu jatuhlah ahli ibadat itu diatas sayap malaikat Jibrail a.s. tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan malaikat Jibrail a.s. pun meletakkan ahli ibadat itu ke atas tanah sebagaimana seorang ibu meletakkan anaknya.

Setelah ia diselamatkan maka ia pun pulang ke rumah, sampai di rumah isterinya bertanya:"Manakah wang hasil jualan tas keranjang?"Berkata ahli ibadat itu:"Tidak ada wang hari ini."Berkata isterinya lagi:"Kalau tidak ada wang, apa kita nak makan hari ini!".Berkata ahli ibadat itu lagi:"Adalah lebih baik kita nyalakan api dapur, kalau tidak tentu tidak enak dipandang oleh jiran kita dan kalau kita tidak menyalakan dapur, jiran kita akan risau memikirkan kita."

Isteri ahli ibadat itu taat pada kata-kata suaminya maka ia pun menyalakan dapur dan sesudah itu ia pun duduk dekat dapur tersebut, kemudian datang seorang jiran mereka meminta api, ia menyuruh jirannya itu mengambil sendiri api itu.Apabila jirannya hendak pulang setelah mengambil api, maka jirannya berkata:"Mengapa kamu duduk saja , padahal roti kamu itu sudah masak".Isteri ahli ibadat itu terkejut apabila mendengar kataa jirannya, lalu ia memandang ke dapur dan ternyata memang benar seperti yang dikatakan oleh jirannya, kualinya itu penuh dengan roti. Isteri ahli ibadat itu pun memindahkan ke dulang dan memberikan pada suaminya sambil berkata:"Tuhanmu tidak akan berbuat demikian, melainkan ia sayang padamu oleh itu mintalah padanya supaya dilapangkan rezeki kita sepanjang baki umur kita."Berkata ahli ibadat itu kepada isterinya:"kita sabar sajalah atas penderitaan ini."

Oleh kerana isteri ahli ibadat itu selalu mendesaknya supaya memohon kepada Allah s.w.t. maka ia pun bersetuju untuk memohon kepada Allah s.w.t. Ahli ibadat itu pun bangun di waktu malam dan sembahyang meminta kepada Allah s.w.t. dengan doa:"Ya Allah, isteriku meminta kepadaku, oleh itu berikanlah rezeki yang agak lapang untuk menghabiskan baki sisa umur ini."

Selesai saja ahli ibadat itu memohon kepada Allah s.w.t. maka dengan tiba-tiba terbukalah atap rumah ahli ibadat itu dan turunlah sebuah tangan memberikan yaqud yang menerangkan semua ruang rumah ahli ibadat itu seperti sinar cahaya matahari di tengahari, ahli ibadat itu pun mencubit kaki isterinya yang sedang tidur disebelahnya sambil berkata:"Terimalah permintaanmu itu."

Apabila mendengar kata-kata suaminya, maka isteri ahli ibadat itu pun berkata:"Jangan terburu-buru, apakah kamu gerakkan aku untuk ini, dengarlah pengakuanku ini, aku baru saja bermimpi melihat beberapa kursi yang mentaburkan permata yaqud dan zabarjad, dalam pada itu aku melihat ada satu yang berlubang, maka aku pun bertanya mana yaqud ini, maka jawabnya : itulah yang kamu hajatkan di dunia." Lalu aku berkata:"Aku tidak berhajat kepada sesuatu yang akan mengurangi akan bahagianmu atau tempat dudukmu dan kini mintalah kepada Allah s.w.t. mengembalikan semula".lalu berdoalah ahli ibadat itu, maka kembalilah tangan yang menghulurkan itu dengan permata yaqudnya.

Isteri yang baik akan sentiasa mendengar cakap suaminya dan suami yang baik akan sentiasa bertolak ansur dalam rumahtangganya.

29 July 2010

KISAH RASULULLAH S.A.W MEMBERI AMARAN TERHADAP ORANG YANG MEMBUAT AMAL TETAPI TIDAK IKHLAS.

Telah berkata Muadz r.a bahawa Rasulullah s.a.w katanya:"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat beerti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat beerti putuslah hujahmu di sisi Allah s.w.t. pada hari kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.

Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal sesorang hamba itu cukup baik dan banyak, tiba-tiba maalaikat berkata:"Berhentilah dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semuga Allah tidak mengampunkan padamu, aku bahagian ghibah,sedangkan ia selaalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku".Lalu malaikat hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua, malaikat berkata:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia.Dan berkata lagi malaikat tersebut:"Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku."

Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah, apabila sampai kepada langit ketiga, maka berkatalah malaikat disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah tidak mengampunkan baginya."Berkata malaikat itu lagi:"Aku adalah bahagian sombong,dan setiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang dimajlis-majlis mereka, maka Allah s.w.t. telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang itu melebihi kepada yang lain.

Kemudian malaikat hafadah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa, apabila telah sampai pada langit yang ke empat, lalu berkatalah malaikat disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan padanya Allah s.w.t. tidak mengampunkan baginya."Berkatalah malaikat itu lagi :"Aku adalah bahagian bangga diri,Allah s.w.t. telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kepada yang lain.Lalu dilemparkan amal orang itu ke mukanya dan disertai dengan kutukan laknat selama tiga hari.

Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihat sembahyang, lalu berkata malaikat yang bertugas disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu kemukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kepada Allah s.w.t. ia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka, dipikulkan diatas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya."

Kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wuduk dan sembahyang malam yang banyak apabila sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas disitu katanya:"Berhenti! dan lemparkan amal orang itu kemukanya". Berkatalah malaikat itu lagi:"Aku adalah malaikat bahagian rahmat, orang itu tiada mempunyai rasa rahmat pada sesiapapun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu.Dan Allah s.w.t. telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampaui aku."

Datanglah malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat, setelah sampai pada langit yang ke tujuh, maka berkata malaikat yang bertugas disitu:"Berhenti! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya, aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yang bukan kerana Allah s.w.t. sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkaan oleh Allah s.w.t. supaya tidak melepaskan amal itu melebihi daripadaku.

Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak dan diam serta berzikir yang banyak dihantar oleh malaikat sehingga sampai dibawah arsy, lalu mereka bersaksi atas semua amal itu, Lalu Allah s.w.t. berfirman:"Kamu mencatat amal hambaku dan aku yang mengawaasi hatinya dia tidak beramal untuk keredhaanKu, dia beramal untuk selainKu maka ia mendapat laknat (kutukanku)."Berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi:"Memang selayaknya ia mendapat laknatMu dan laknat kami."Berkata penduduk langit:"Ia mendapat laknat Allah s.w.t. dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami."

Setelah mendengar apa yang Rasulullah s.a.w. menceritakan itu maka Muadz pun menangis dan ia bertanya:"Ya Rasulullah s.a.w. apakah yang harus aku buat? Rasulullah s/a.w. berkata:"Hai Muadz ikutlah jejak nabimu dan teguhkan keyakinanmu walau pun amalmu kurang, hentikanlah lidahmu dari berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain(Yakni jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain) jangan memuji-muji dirimu dengan menjelekkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang."

08 July 2010

KISAH SEBAB-SEBAB AL-QURAN DIBUKUKAN

Pada zaman Rasulullah s.a.w. Al-Quran tidaklah dibukukan seperti yang kita tataapi hari ini, sebaliknya Al-Quran dihafal oleh para sahabat Nabi, orang-orang yang ada menyalin Al-Quran dan orang fasih digelar Hafiz.Apabila wafatnya junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. maka terjadilah satu peristiwa yang mana Allah s.w.t. memberi contoh yang baik, untuk menjadi Al-Quran sebuah kitab yang akan diwarisi secara turun-temurun oleh semua hamba Allah di muka bumi ini.

Kisah bermula, seorang penipu yang bernama Muslamah telah mengelarkan dirinya sebagai Nabi. Setelah wafatnya junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. maka orang lemah imannya banyaklah yang kembali murtad, memandangkan hal ini Musalamh menggunakan kesempatan ini untuk tujuan penipuan dan penganiyaan. Setelah sekian lama berlalu maka keadaan mula bertambah genting hingga Abu bakar r.a. mengambil tindakan untuk membenteras gejala-gejala buruk demi untuk menegakkan agama suci Allah.

Oleh itu Abu Bakar r.a mengisytiarkan peperangan, maka berlakulah satu pertempuranyang hebat.Dengan bantuan Allah s.w.t. maka tentera Islam dapat menewaskan musuh dan Musalmah dapat dibunuh. Dengan berlakunya peperangan inilah Abu bakar r.a. bertambah risau apabila mendapati banyak hafiz-hafiz yang terkorban.Umar r.a sendiri menyatakan kebimbangannya terhadap para hafiz yang terbunuh itu, maka Umar r.a berkata kepada abu bakar r.a :"kalau kita biarkan begini saja maka kita akan kehilangan hafiz-hafiz kita, oleh itu daku cadangkan supaya kita bukukan saja Al-Quran supaya ia dapat dipelihara."

Maka Berkata Abu Bakar r.a :"wahai Umar bagaimanakah dapat aku melakukan sesuatu yang Rasulullah sendiri tidak melakukannya?" Oleh kerana hasrat Umar r.a adalah hasrat murni yang sangat tinggi dan beliau sangat memikirkan masalah ini, akhirnya Abu Bakar r.a. pun setuju dengan pendapat Umar r.a. Untuk melaksanakan tugas yang sangat penting ini , Abu bakar r.a. mendapatkan Zaid bin Thabith r.a dan berkata:"Wahai Zaid!, Kamulah orang yang pandai dan cerdik dan semua orang mempercayaimu dan kamu jugalah orang yang diberi amanah menyalin Al-Quran dimasa hayat baginda.Oleh itu daku mahu kamu mengumpulkan lembaran ayat-ayat al-Quran untuk dibukukan."

Apabila Zaid mendengar perintah yang dikeluarkan oleh Abu Bakar maka berkatalah Zaid:"Dengan nama Allah sekiranya tuan hamba suruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat al-Quran!". berkata Zaid r.a lagi:"Bagaimanakah kedua tuan hamba sanggup melakukan sesuatu yang baginda Rasulullah s.a.w. sendiri tidak melakukanya?". Untuk menjawab soalan itu maka Abu Bakar r.a dan Umaar r.a pun menerangkan sebab-sebabnya hingga tindakan terpaksa diambil demi untuk menyelamatkan Al_Quran dari terpupus.

Setelah Zaid r.a mendengar dan memahami bahawa ini adalah satu kerja yang sangat penting dan harus disegerakan maka Zaid r.a pun menemui penduduk-penduduk kampung disitu dan mengumpul satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran dari mereka yang ada menyalinnya.Zahid r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnyaa dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid r.a. mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.

Apabila telah lengkap semua isi Al_quran itu maka ia pun dibukukan.Dengan usaha yang dilakukan oleh para sahabat inilah maka kita dapat membaca dan menyimpan kitab suci Al-Quran, kalau peperangan tidak terjadi dan tidak terkorban para hafiz kemungkinan Al-Quran tidak dibukukan dan kalau peperangan demi peperangan berlaku hingga habis semua hafiz mati syahid maka sudah tentulah Al-Quran tidak akan sampai pada kita hari ini, haruslah kita ingat semua sesuatu yang terjadi bukan dengan kehendak diri sendiri tetapi adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Dengan sebab ini jugalah, Allah s.w.t. telah memberi satu contoh yang baik sehingga para sahabat r.a mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyelamatkan Al-Quran dari pupus.

09 June 2010

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERIBADAT SELAMA 500 TAHUN

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada">Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"

lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segalaa sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharaokan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.

Sekian

23 May 2010

Kisah Empat Golongan yang Beralasan...

Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka pergi menjala ikan.Si Kafir mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya lalu ia mendapat banyak ikan manakala Si mukmin mengangkat jala dengan menyebut nama Allah s.w.t., tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang Mukmin itu pun menjala ikan hingga sampai waktu maghrib maka ia pun dapatlah sekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali ke dalam sungai.Maka kembalilah orang mukmin dengan tidak mendapat apa-apa ikan dan si kafir pun mendapat banyak ikan.

Melihat akan hal yang demikian maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah s.w.t. menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk orang mukmin itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata:"Tidak bererti apa-apa pun penderitaan didunia ini, apabila ia mendapat tempat disyurga."Allah s.w.t. juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat tersebut dan berkata malaikat itu: "Demi Allah, tidak berguna apa yang ia dapat didunia pada hal tempat kembalinya ke neraka jahanam".

Pada hari kiamat Allah s.w.t. tetap akan menolak alasan empat macam orang dengan empat sebab:

1. Menolak alasan orang kaya dengan Nabi Sulaiman.Kalau orang kaya itu berkata: "Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat,"maka Allah s.w.t. akan berkata: Kekayaan kamu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan amal ibadat."

2. Apabila hamba sahaya berkata:"Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat padamu," lalu Allah s.w.t. berfirman:"Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula ia, lalai dari melakukan ibadat."

3. Apabila orang miskin berkata:"Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari ibadat kepadamu,"lalu Allah s.w.t. berfirman: Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa a.s., tetapi Nabi Isa a.s. tidak pula lalai dari beribadat padaku."

4. Apabila orang yang sakit memberi alasan dengan mengatakaan:"Penyakit itulah yang telah menghalang aku daripada beribadat padamu," maka Allah s.w.t. berfirman: "Penyakitmu itu tidaklah sebagaimana teruk dari penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayyub a.s.. Tetapi ia tidak menghalangnya dari beribadat padaku."Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah s.w.t. di hari kiamat.

Apabila seseorang itu takut kepada Allah s.w.t. maka tidak suatu apa-apa pun yang dapat menghalanginya dari beribadat kepada allah s.w.t. sebab Allah yang menciptakan seseorang itu dan apa saja yang dimilikinya didunia ini akan ditinggalkan olehnya apabila ia mengadap Allah s.w.t. Beruntunglah orang yang memahami tujuan hidupnya didunia ini dan rugilah bagi mereka yang menggunakan alasan tidak ada masa untuk beribadat kepada Allah s.w.t., padahal apabila telah mati itu, apakah yang telah terjadi pada harta bendanya, tidakkah usahanya hanya didunia dan diakhirat papa kedana dan yang menunggunya ialah azab, azab.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah meninggalkan wasiat yang berbunyi:"Wahai anak-anakku sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan Agama Islam itu Agamamu oleh itu janganlah kamu semua mati, melainkan mati dalam Islam."