Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa AmalMyspace Scrolling Text Creator

12 October 2010

KISAH AISYAH R.A MEMBEBASKAN 40 ORANG HAMBA DEMI UNTUK MENEBUS SUMPAHNYA

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa Abdullah bin Zubair adalah anak saudara kepada Aisyah r.a. Sayangnya Aisyah r.a. pada Abdullah adalah sangat tinggi, sebab Aisyah r.a lah yang membesarkannya. Suatu hari Abdullah telah menceritakan pada salah seorang bahawa ibu saudaranya terlalu sangat bermurah hati hingga beliau sendiri tinggal dalam serba kekurangan dan Abdullah berazam untuk menghalangi apa yang dibuat oleh ibu saudaranya.

Berita tentang percubaan Abdullah hendak menghalang tujuan ibu saudaranya telah sampai kepada Aisyah r.a., sebaik sahaja berita ini sampai pada Aisyah r.a maka berkatalah Aisyah r.a:"Aku bersumpah tidak akan bercakap lagi dengan anak saudaraku Abdullah sehingga akhir hayatku." Abdullah mendengar bahawa ibu saudaranya telah bersumpah tidak akan bercakap dengannya lagi, maka Abdullah pun mewakilkan orang ramai untuk merayu kepada ibu saudaraanya untuk memaafkannya, setelah orang ramai bertemu dengan Aisyah r.a. dan meminta untuk memaafkannya maka Aisyah r.a pun berkata:" Aku telah bersumpah, oleh itu aku tidak dapat melanggar sumpahku itu."

Oleh kerana usaha Abdullah itu gagal, maka Abdullah berusaha lagi dengan membawa dua orang dari pihak keluarga Rasulullah s.a.w. untuk menjadi orang tengah.Apabila sampai mereka di rumah Aisyah r.a.mereka dijemput masuk .Aisyah r.a. tidak menunjukkan dirinya sewaktu menjemput mereka masuk sebaliknya Aisyah r.a. bercakap melalui tirai yang menjadi dinding .Diceritakan juga sewaktu orang perantaraan itu masuk Abdullah juga dengan secara diam-diam masuk bersama ke rumah ibu saudaranya.
Sewaktu perbincangan bermula, abdullah bin Zubair tidak dapat menahan perasaan lalu melintasi tirai tersebut dan tersungkur dikaki ibu saudaranya dan menangislah Abdullah seraya meminta ibu saudaranya memaafkannya.Dengan kesempatan ini kedua orang perantaraan itu mengingatkan kepada aisyah r.a. bahawa rasulullah s.a.w. sangat-sangat marah kepada orang muslim yang memalingkan percakapannya dengan seorang muslim lain.

Setelah Aisyah r.a mendengar apa yang dikatakan kedua-dua orang tersebut maka Aisyah r.a. pun merasa takut kalau-kalau Allah s.w.t. tidak menyukai terhadap apa yang telah diperbuat olehna, oleh itu Aisyah r.a. pun memaafkan Abdullah bin Zubair.Untuk menebuskan sumpahnya itu, maka Aisyah r.a. pun membebaskan hamba seorang demi seorang sehingga 40 orang yang dibebaskannya, walaupun Aisyah r.a. telah membebaskan seramai 40 orang hamba namun ia tetap berasa takut kerana telah melanggar sumpahnya itu.Dan diceritakan juga apabila setiap kali ia mengingati peristiwa itu ia menangis sehingga selendangnya itu akan basah disebabkan air matanya.