Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi, selepas SPM 98 kini hampir sedekad kami Warga AlFalah bertemu semula pada 19 Oktober 2008 bertempat Kediaman Yatie di Jalan kebun Klang, Selangor, dengan dihadiri dengan pelbagai perubahan samada aspek status, genetik, suhu, persekitaran, kerjaya, harapan dan tak lupa perubahan fizikal tubuh badan yang makin terserlah terutamanya selepas berkahwin. Walau apa pun kami masih belumberpuashati lagi, sebab masih ramai lagi kekawan yang masih belum ditemui. tapi insya'Allah satu masa akan ditemui juga lebih2 lagi disarankan kepada sahabat yang ingin mendirikan rumah tangga jangan lupa jemput dan war2kan kepada kami warga AlFalah98 untuk kita berjumpa lagi, kali ni lebih ramai lagi kalau boleh... yang hadir kali ini ialah, Man (ketua TPC), Adha, Faizol, Taufiq, Faizal (Ultra), Rashid, Pak ya, Fauzi kedah, Saiful (sihek) dan aku Hasnurol serta suami2 kepada Laila, yatie, Siti Hajar, dan Sabariah. manakala sebelah perempuan pulak yang dihadiri tuan rumah sendiri Yatie, Suzie, Ayu (adik Taufiq), Laila & adiknya, Aisyah. Siti Hajar, adik Man (Naim), Sabariah, dan para isteri kepada Adha, Faizal, Fauzi, dan tak lupa isteriku Noreha... kesempatan ini saya wakil kepada kekawan yang lain mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yatie serta keluarganya terutamanya suaminya yang sudi memberi ruang dan tempat untuk kami berjumpa kemudian Saiful terima kasih kerana sekian lama baru ni muncul kembali yang sudah hampir 13 tahun gak (nasib baik bukan muncul tak kembali), tapi kami maafkan sebab uzur yang di syar'ikan sterusnya sahabat2 yang bersusah payah yang hadir perjumpaan pada kali ini. semoga perjumpaan seumpama ini akan dirahmati Allah dan berterusan hingga ke anak cucu...Amin ya Rabbal Alamin.
Peringatan
5 years ago
1 comment:
insyaAllah.. next time kita plan lagi reunion. harap lain kali lebih ramai kawan kawan lama dapat kita kumpulkan. :)
Post a Comment