Pada amnya setiap bangsa dikenali dengan kekuatan atau kelebihan yang dimilikinya. Kekuatan bangsa Jepun, Korea dan Cina adalah kerana sifat rajin dan tidak mudah berputus asa. Kekuatan bangsa India dan Africa adalah kerana kekuatan fizikal semulajadi mereka. Apakah kelebihan yang di miliki oleh bangsa Melayu?
Kelebihan utama bangsa Melayu di Malaysia adalah kerana Islamnya. Memetik kata-kata Saidina Umar r.a "kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, maka akan di timpa kehinaan". Ya, hinanya kita sekarang ini adalah kerana kita telah tidak memperdulikan lagi ajaran agama Islam. Agama hanya diguna pakai pada masa berkahwin, bersalin, dan kematian. Masa-masa lain di sepanjang kehidupan kita, Islam telah tidak diperdulikan. Misalnya cara berpakaian, bersukan, bercampur gaul, perniagaan, majlis keramaian dan lain-lainl.
Mengapa terjadi angkara ini?
1-Islam yang sebenar tidak diajar atau dipraktikkan di sekolah dan university. Islam menjadi pemilik exclusive para pelajar pengajian Islam sahaja.
2-Akhlak-akhlak Islam tidak menjadi teras pelajaran di peringkat sekolah rendah, menengah dan university. Sebaliknya subject seperti mathematic dan sains di ajar dan menjadi teras di pelbagai peringkat pembelajaran, sekalipun bukan semua lulusan sekolah akan menjadi pakar math dan sains. Malah pekerjaan sebagai guru bahasa Melayu pun berkehendakkan kelulusan sains dan math yang baik, dengan tidak memperdulikan aspek agama seperti sama ada bakal guru ini tahu untuk menunaikan solat atau pun tidak.
3-Subject bahasa Inggeris terlalu diberi keutamaan, sebaliknya subject bahasa arab menjadi exclusive pada pelajar aliran agama. Apa yang terjadi kebanyakan pelajar Melayu dewasa ini masih lemah bahasa Inggeris dan bahasa arab 'zero knowledge'. Kalau begitu, bagaimana mereka hendak memahami Al Quran?
4-Kebanyakan orang dewasa Melayu Islam amat malas ke masjid dan surau. Jadi di mana mereka akan mendapatkan ilmu tentang Islam kerana banyak ilmu ini diajar di masjid dan di surau terutama selepas solat maghrib.
Kesannya, dengan pengetahuan Islam yang lemah, bangsa Melayu menjadi bangsa yang terkeliru dengan identitinya, mereka ingin kaya tapi dengan mengambil jalan pintas seperti skim cepat kaya, judi ekor dan mengamalkan rasuah. Mereka ingin dipandang maju dengan cara berpakaian, minum arak dan pergaulan bebas. Mereka ingin kpd freedom, jadi tak perlu mengambil berat hal sembahyang, tak perlu dicegah sex bebas dan tak perlu dikongkong dengan undang-undang akhlak.
Akhirnya umat Melayu menjadi hina di tanahairnya sendiri. Merekalah yang paling ramai terlibat dengan dadah, rasuah, buang bayi, lumba haram, bohsia, melepak dan gejala-gejala sosial yang lain. Benarlah kata-kata Saidina Umar r.a bahawa mereka yang mencari selain dari Islam, maka mereka tidak akan mendapat kemuliaan sebaliknya mendapat kehinaan.
Maka marilah bangsaku kita kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar, kita tidak perlu menjadi ustaz, imam atau kadi untuk menjadi 'islamik', tapi cukuplah kita mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan kita seperti mengambil berat hal-hal yang wajib seumpama solat, menutup aurat, tidak memftnah, tidak rasuah, banyak membaca Al Quran, rajin menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid atau surau dan sebagainya.
Kepada pemimpin-pemimpin harakah Islam, jadikanlah diri, keluarga dan jemaah anda sebagai contoh muslim yang sejati. Kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang sedang berkuasa, kembalilah kepada formula Islam dan carilah fberusahalah dengan cara terbaik untuk melahirkan ahli sains, pakar kewangan, jurutera dan lain-lain profesional Melayu yang juga merupakan pakar Al-Quran dan Al-Hadis, atau yang berakhlak sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam. Ambillah contoh daripada bapa perubatan moden Ibnu Sina yang bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan, tetapi merupakan seorang yang memahami al-Quran dan al-Hadis sejak dari kecil.
No comments:
Post a Comment