Telah berkata Muadz r.a bahawa Rasulullah s.a.w katanya:"Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang belum pernah diceritakan oleh mana-mana nabi pun kepada umatnya, jika kamu ingat-ingat beerti akan berguna bagimu dan jika kamu mendengar dan tidak ingat-ingat beerti putuslah hujahmu di sisi Allah s.w.t. pada hari kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan 7 malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi setiap langit ada seorang malaikat dan setiap pintu ada penjaganya dari mereka.
Malaikat yang mencatat amal akan mencatat amal seseorang hamba itu dari pagi hingga ke petang dan kemudiannya membawa naik ke langit amalnya dengan bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia dengan perkiraan amal sesorang hamba itu cukup baik dan banyak, tiba-tiba maalaikat berkata:"Berhentilah dan lemparkan amal ke muka orangnya dan katakan semuga Allah tidak mengampunkan padamu, aku bahagian ghibah,sedangkan ia selaalu menggibah orang-orang muslim kerana itu aku tidak mengizinkan ia melintasi tempat ini kepada lain-lainku".Lalu malaikat hafadhah yang lainnya membawa naik amal hamba yang lain bercahaya terang sehingga sampai ke langit kedua, malaikat berkata:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah tidak mengampunkan baginya sebab ia beramal untuk mencari kemewahan dunia.Dan berkata lagi malaikat tersebut:"Aku adalah bahagian urusan dunia, aku tidak dapat membiarkan amalnya melintasi daripadaku."
Setelah itu naiklah pula malaikat yang membawa amal hamba yang dihiasi dengan sedekah dan sembahyang,sampai kagum malaikat hafadhah, apabila sampai kepada langit ketiga, maka berkatalah malaikat disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan bahawa Allah tidak mengampunkan baginya."Berkata malaikat itu lagi:"Aku adalah bahagian sombong,dan setiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang dimajlis-majlis mereka, maka Allah s.w.t. telah menyuruh aku tidak melepaskan amal orang itu melebihi kepada yang lain.
Kemudian malaikat hafadah membawa amal orang yang berkilauan bagaikan bintang kerana ia bertasbih dan berpuasa, apabila telah sampai pada langit yang ke empat, lalu berkatalah malaikat disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan katakan padanya Allah s.w.t. tidak mengampunkan baginya."Berkatalah malaikat itu lagi :"Aku adalah bahagian bangga diri,Allah s.w.t. telah menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalnya melebihi dariku kepada yang lain.Lalu dilemparkan amal orang itu ke mukanya dan disertai dengan kutukan laknat selama tiga hari.
Setelah itu naik pula malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dihantar oleh malaikat bagaikan pengantin yang akan dihantar kepada isterinya lalu sampai ke langit yang kelima, penuh dengan jihat sembahyang, lalu berkata malaikat yang bertugas disitu:"Berhentilah! dan lemparkan amal orang itu kemukanya dan pikulkan atas bahunya sebab dahulu dia menghasut orang yang belajar bab beramal kepada Allah s.w.t. ia hasad dengki pada mereka dan selalu mencaci mereka, dipikulkan diatas bahunya sambil dilaknat seumur hidupnya."
Kemudian datang lagi malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wuduk dan sembahyang malam yang banyak apabila sampai pada langit yang keenam maka berkata malaikat yang bertugas disitu katanya:"Berhenti! dan lemparkan amal orang itu kemukanya". Berkatalah malaikat itu lagi:"Aku adalah malaikat bahagian rahmat, orang itu tiada mempunyai rasa rahmat pada sesiapapun, bahkan bila ia melihat orang terjerumus ke dalam lembah dosa atau bahaya dia mengejek dan mencemuh orang itu.Dan Allah s.w.t. telah menyuruh aku supaya amalnya tidak boleh melampaui aku."
Datanglah malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang penuh dengan kejujuran dan kerajinan dan warak serta bercahaya bagaikan kilat, setelah sampai pada langit yang ke tujuh, maka berkata malaikat yang bertugas disitu:"Berhenti! dan lemparkan amal orang itu ke mukanya dan tutupkan hatinya, aku adalah malaikat bahagian hijab, menutup jalan tiga amal yang bukan kerana Allah s.w.t. sebab dia hanya menginginkan kedudukan dan nama di majlis dan di kota-kota, oleh itu aku telah diperintahkaan oleh Allah s.w.t. supaya tidak melepaskan amal itu melebihi daripadaku.
Kemudian datang malaikat hafadhah yang lain dengan membawa amal hamba yang berhias dengan akhlak dan diam serta berzikir yang banyak dihantar oleh malaikat sehingga sampai dibawah arsy, lalu mereka bersaksi atas semua amal itu, Lalu Allah s.w.t. berfirman:"Kamu mencatat amal hambaku dan aku yang mengawaasi hatinya dia tidak beramal untuk keredhaanKu, dia beramal untuk selainKu maka ia mendapat laknat (kutukanku)."Berkata semua malaikat yang menyaksikan tadi:"Memang selayaknya ia mendapat laknatMu dan laknat kami."Berkata penduduk langit:"Ia mendapat laknat Allah s.w.t. dan laknat tujuh petala langit dan bumi serta laknat kami."
Setelah mendengar apa yang Rasulullah s.a.w. menceritakan itu maka Muadz pun menangis dan ia bertanya:"Ya Rasulullah s.a.w. apakah yang harus aku buat? Rasulullah s/a.w. berkata:"Hai Muadz ikutlah jejak nabimu dan teguhkan keyakinanmu walau pun amalmu kurang, hentikanlah lidahmu dari berkata-katakan hal saudaramu, hendaklah selalu ingat akan dosa-dosamu dan jangan kamu tanggungkan dosa itu pada orang lain(Yakni jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain) jangan memuji-muji dirimu dengan menjelekkan orang lain dan jangan sombong diri dengan merendahkan saudara-saudaramu dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang."
Peringatan
5 years ago