Pada zaman Rasulullah s.a.w. Al-Quran tidaklah dibukukan seperti yang kita tataapi hari ini, sebaliknya Al-Quran dihafal oleh para sahabat Nabi, orang-orang yang ada menyalin Al-Quran dan orang fasih digelar Hafiz.Apabila wafatnya junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. maka terjadilah satu peristiwa yang mana Allah s.w.t. memberi contoh yang baik, untuk menjadi Al-Quran sebuah kitab yang akan diwarisi secara turun-temurun oleh semua hamba Allah di muka bumi ini.
Kisah bermula, seorang penipu yang bernama Muslamah telah mengelarkan dirinya sebagai Nabi. Setelah wafatnya junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. maka orang lemah imannya banyaklah yang kembali murtad, memandangkan hal ini Musalamh menggunakan kesempatan ini untuk tujuan penipuan dan penganiyaan. Setelah sekian lama berlalu maka keadaan mula bertambah genting hingga Abu bakar r.a. mengambil tindakan untuk membenteras gejala-gejala buruk demi untuk menegakkan agama suci Allah.
Oleh itu Abu Bakar r.a mengisytiarkan peperangan, maka berlakulah satu pertempuranyang hebat.Dengan bantuan Allah s.w.t. maka tentera Islam dapat menewaskan musuh dan Musalmah dapat dibunuh. Dengan berlakunya peperangan inilah Abu bakar r.a. bertambah risau apabila mendapati banyak hafiz-hafiz yang terkorban.Umar r.a sendiri menyatakan kebimbangannya terhadap para hafiz yang terbunuh itu, maka Umar r.a berkata kepada abu bakar r.a :"kalau kita biarkan begini saja maka kita akan kehilangan hafiz-hafiz kita, oleh itu daku cadangkan supaya kita bukukan saja Al-Quran supaya ia dapat dipelihara."
Maka Berkata Abu Bakar r.a :"wahai Umar bagaimanakah dapat aku melakukan sesuatu yang Rasulullah sendiri tidak melakukannya?" Oleh kerana hasrat Umar r.a adalah hasrat murni yang sangat tinggi dan beliau sangat memikirkan masalah ini, akhirnya Abu Bakar r.a. pun setuju dengan pendapat Umar r.a. Untuk melaksanakan tugas yang sangat penting ini , Abu bakar r.a. mendapatkan Zaid bin Thabith r.a dan berkata:"Wahai Zaid!, Kamulah orang yang pandai dan cerdik dan semua orang mempercayaimu dan kamu jugalah orang yang diberi amanah menyalin Al-Quran dimasa hayat baginda.Oleh itu daku mahu kamu mengumpulkan lembaran ayat-ayat al-Quran untuk dibukukan."
Apabila Zaid mendengar perintah yang dikeluarkan oleh Abu Bakar maka berkatalah Zaid:"Dengan nama Allah sekiranya tuan hamba suruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat al-Quran!". berkata Zaid r.a lagi:"Bagaimanakah kedua tuan hamba sanggup melakukan sesuatu yang baginda Rasulullah s.a.w. sendiri tidak melakukanya?". Untuk menjawab soalan itu maka Abu Bakar r.a dan Umaar r.a pun menerangkan sebab-sebabnya hingga tindakan terpaksa diambil demi untuk menyelamatkan Al_Quran dari terpupus.
Setelah Zaid r.a mendengar dan memahami bahawa ini adalah satu kerja yang sangat penting dan harus disegerakan maka Zaid r.a pun menemui penduduk-penduduk kampung disitu dan mengumpul satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran dari mereka yang ada menyalinnya.Zahid r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnyaa dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid r.a. mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.
Apabila telah lengkap semua isi Al_quran itu maka ia pun dibukukan.Dengan usaha yang dilakukan oleh para sahabat inilah maka kita dapat membaca dan menyimpan kitab suci Al-Quran, kalau peperangan tidak terjadi dan tidak terkorban para hafiz kemungkinan Al-Quran tidak dibukukan dan kalau peperangan demi peperangan berlaku hingga habis semua hafiz mati syahid maka sudah tentulah Al-Quran tidak akan sampai pada kita hari ini, haruslah kita ingat semua sesuatu yang terjadi bukan dengan kehendak diri sendiri tetapi adalah dengan kehendak Allah s.w.t.
Dengan sebab ini jugalah, Allah s.w.t. telah memberi satu contoh yang baik sehingga para sahabat r.a mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyelamatkan Al-Quran dari pupus.
Peringatan
5 years ago
No comments:
Post a Comment