Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang akan diterima oleh seseorang itu selepas matinya ialah.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang menggunakannya.
3. sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang mengali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menaanam tanam-tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang salih, yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu diajari ilmu Al_Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:.
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anaak yang Salih yang sentiasa mendoakan baginya.
Peringatan
5 years ago
No comments:
Post a Comment