Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa AmalMyspace Scrolling Text Creator

18 December 2011

PENGANALISISAN KESALAHAN DALAM PENULISAN ARAB

A) KONSEP Kesalahan tatabahasa ialah “keluar dari kaedah tatabahasa fusahah dari sudut kaedah nahu (Arif Kharhi Abu Khudairi). Contohnya, percampuran dalam sebutan di akhir kalimah, penggunaan huruf jar, pola perkataan (sorof), padanan kalimah yang bukan pada tempatnya dan sebagainya. Kesalahan penulisan ini merupakan cabangan ilmu bahasa secara praktikal (علم اللغة التطبيقية الحديثة)
dan bukanlah dari ilmu teorikal. Para pengkaji contemporary telah bersepakat dalam mengkonsepkan “Penganilisisan Kesalahan” iaitu, dari sudut hasil ujian pelajar, kerja-kerja atau latihan pelajar, mengetahui sebab atau punca kesalahan penulisan dan cara-cara mengatasi terhadap permasalahan tersebut. B) PENGKATEGORIAN KESALAHAN PENULISAN Kategorikan kesalahan penulisan ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu, kesalahan Kulliyah dan kesalahan Juz’iyyah . Kesalahan dari aspek Kuliyyah seperti susunan ayat, penggunaan kata wacana dan penggunaan jumlah fi’liyyah dan jumlah ismiyyah. Manakala kesalahan juz’iyyah seperti kesalahan morfologi kata nama dan kata kerja, kolokasi kata kerja dengan kata sendi dan penggunaan kata kerja mengikut kesesuaian masa. Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan seperti kajian yang dilakukan oleh Dr.Walid al-Inati terhadap para pelajar Malaysia yang mempelajari bahasa Arab. Beliau merumuskan kesalahan dari sudut Tarkibi (Tatabahasa) iaitu, al-Ta’rif wa al Tankir, al-Tazkir wa al-Ta’nith, al-‘I’rab wa Halat al-Fi’l, al-‘ifrad wa al-Tasniyah wa al-Jama’ dan Huruf al-Ma’aniy. Manakala kajian-kajian lain yang telah dilakukan iaitu, Dr. Arif Karkhi Abu Khudairi menyenaraikan empat dapatan kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu, kesalahan tatabahasa, ejaan, perkamusan dan struktur ayat (Sintaksis). C) FAEDAH PENGANALISISAN KESALAHAN Menerusi pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua bagi pelajar yang bukan penutur jati bahasa Arab, telah memperoleh kesan dan impak terhadap bahasa kedua mereka. Ini boleh dijelaskan dengan faedah yang diperolehi dari kajian-kajian yang dilakukan seperti di atas iaitu para pelajar dapat, i) Menjaga dari melakukan kesalahan ii) Mengatasi kesalahan yang dihadapi ketika bertutur mahupun menulis iii) Mengetahui sebab-sebab kesalahan yang dilakukan iv) Menentukan punca-punca kesalahan utama v) Menentukan jenis-jenis kesalahan vi) Memberi sumbangan terhadap Ilmu Bahasa dari sudut Praktikal D) PUNCA KESUKARAN PELAJAR MEMPELAJARI BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA Punca utama yang dihadapi oleh pelajar melayu dalam mempelajari bahasa Arab ialah pengaruh bahasa ibunda yang telah diserapkan dan tiada kebolehan dalam tatabahasa. Berikut antara lain punca kesalahan yang sering dilakukan pelajar dalam penulisan bahasa Arab iaitu, i) Penggunaan pola perkataan Arab ii) Penggunaan adatut Ta’rif iii) Penggunaan kata Jama’ iv) Penggunaan Muzakkar dan Mua’nnath v) Penggunaan kalimah seerti mengikut padanan ayat Kesimpulannya di sini ialah, mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua oleh pelajar Malaysia merupakan perkara yang sangat segnifikan kerana dari pengaruh bahasa Arab telah dikesan dan terkesan kepada penduduk semenanjung tanah melayu sejak zaman kemunculan Islam di Tanah Melayu, terhadap penulisan, bahasa, adat, agama, politik, muamalah dan peninggalan sejarah. Impak yang jelas terhadap penulisan sehingga kini ialah penulisan Jawi di mana ianya digunakan oleh para pelajar di sekolah-sekolah, universiti mahupun di institut-institut pengajian tinggi. Secara tidak langsung ia memberi kesan dan pengaruh terhadap pembelajaran bahasa Arab dari sudut ejaan dan penulisan. Walaubagaimanapun ianya bukanlah menjadi halangan mahupun kekangan terhadap para pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Ini kerana ada penyelesaian atau kaedah yang tepat dalam mengatasi masalah tersebut. Antara penyelesaiannya ialah mempelajari bahasa dari sudut praktikal seperti memperbanyakkan latihan dan bimbingan dari mursyid dan guru bahasa secara intensif setiap masa dan keadaan dalam mempelajari bahasa Arab terutamnya dari sudut penulisan. Hasil Rumusan… Ibnu Hashim (18.12.2011)

No comments: