Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa AmalMyspace Scrolling Text Creator

10 April 2009

siapakah saudara kita?


Situasi Satu.
Kita pergi ke masjid pada setiap waktu solat. Kita solat secara berjemaah. Berapa orang yang kita salam sepanjang berada dalam masjid. Berapa banyak yang kita salam sambil merenung muka dan anak mata secara mesra dan penuh erti persaudaraan? Contoh lain seperti selepas doa. Siapa yang terlebih dahulu menghulurkan salam? diri kita sendiri atau kita hanya menunggu orang menyua tangan kepada kita, barulah salam terjadi? Jika tidak, mungkin tak bersalam nampaknya kita apatah lagi bertanya khabar sesama saudara kita.

Situasi Dua: Kita punyai ramai sanak saudara kandung. Kebanyakan orang begitu berbangga punyai saudara yang ramai. Pendek kata, makin ramai saudara, makin senang kerja. Nak buat rumah sebagai contoh, ada saudara yang kerja bank, kerja kerajaan, kerja arkitek mahupun buruh, Semua pakai kabel saudara. Tetapi sejauh mana kita gerakkan diri kita untuk bantu saudara kita yang lain. Yang miskin, yang papa, yang hidup susah di ceruk kampung, yang sakit, yang yatim piatu, yang melarat, yang ditindas? Mungkin kita jarang fikir semua ini apatah lagi nak membantu.




Situasi Tiga: Kita dalam perjalanan ke suatu destinasi. Kita tidak terburu dan tiada apa yang hendak kita lakukan kecuali berjalan jalan dan makan angin. Tiba tiba kita terserempak dengan saudara kita yang ditimpa kecemasan di jalan raya dan perlukan bantuan. Mungkin kemalangan atau paling kurang, motornya kehabisan minyak atau boleh jadi hanya tayarnya pancit. Siapa yang akan berhenti seketika dan memberikan bantuan? Dewasa ini mungkin ramai yang tak berani beri bantuan kerana takut ada muslihat disebaliknya. Tetapi kalau betul saudara tersebut memerlukan bantuan, Dimana kita waktu itu?

Situasi Empat:
Seringkali kita bermuka muka dengan saudara kita. Dihadapan kawan lain kita mengata dia. Dihadapan dia, kita diamkan sahaja atau memuji memuja dia seolah kitalah yang setia bersamanya. Dimana perasaan mahabbah kita pada saudara kita. Dibelakang dia, kita menikamnya sendiri tanpa kita sedari.

Situasi Lima: Kita sering mendengar kesusahan saudara kita merata tempat di dunia. Kita menlihat dan mendengar berita seperti nasib saudara kita di Palestin sebagai contohnya. Tetapi sejauh mana kita berusaha memberi mereka tahu yang kita ini jenis saudara yang boleh diharapkan. Sejauh mana usaha kita membantu meringankan beban nasib saudara kita yang tak terbela? Pasti kita akan ditanya di Sana nanti mengenai peranan kita. Pasti, setiap diri.

2 comments:

Firol said...

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

Firol said...

copy semula masuk dalam search engine